Mat 7:24-27,
24"Setiap orang yang mendengar perkataan-Ku ini dan melakukannya, ia sama dengan orang yang bijaksana, yang mendirikan rumahnya di atas batu.25 Kemudian turunlah hujan dan datanglah banjir, lalu angin melanda rumah itu, tetapi rumah itu tidak rubuh sebab didirikan di atas batu. 26 Tetapi setiap orang yang mendengar perkataan-Ku ini dan tidak melakukannya, ia sama dengan orang yang bodoh, yang mendirikan rumahnya di atas pasir.27Kemudian turunlah hujan dan datanglah banjir, lalu angin melanda rumah itu, sehingga rubuhlah rumah itu dan hebatlah kerusakannya."
Shalom,dari pembacaan kita tadi satu perkongsian yang umun buat kita sering kita dengar.Namun persoalannya sudahkah kita mempraktikan/melakukannya?
Dengar dan lakukan….khotbah Yesus kepada muridnya setelah ucapan bahagia fasal 5.
Kita lihat perumpamaan Yesus ini adalah sesuatu yang mudah dilaksanakan cuba kita perhatikan petikan itu.
Dasar mirip kepada pengangan seseorang.Dasar menentukan apa tindakan atau tingkahlaku seseorang.
Kesungguhan
Dari sini kita ketahui menitikberatkan kesungguh bukan satu ala kadar sahaja….buat tiang sudah dalam ok aja lah.Ketika umat Israel mendirikan rumah Tuhan itu mereka buat dasarnya sampai kepada batu asasnya.
Ayat 24…..diatas batu…dahulu saya fikirkan kasih Payling itu batu..tentu itu amat menyusahkan….dengar dan lakukan….dengar memerlukan ketelitian…
Diatas batu….kita kena tinjau keadaan Geografi adalah tanah pamah yang berpasir…
Maka jika ingin dirikan rumah kena dalam sampai dasarnya iaitu batu…Yesus hanya katakan diatas batu…bukan didalam batu….diluarbatu…
Jika sekarang senanglah Payling pakai mesin aja namun kita lihat konteks penekanan Yesus itu adalah masyarakat saat itu pakai tangan/tenaga manusia…
Keteguhan
Jadi apa yan Yesus tekankan?Dasar yang teguh…Jika dasar kerohanian kita teguh apa pun bencana yang kita tidak pernah fikirkan terjadi kita tetap Teguh…Amen
Kesungguhan kita kepada Tuhan…membuahkan dasar yang Teguh.
Percaya Tuhan harus sungguh-sungguh….kata kiri kanan
Salah satu hal yang kita perhatikan iaitu banjir.Jarang sekali saya mendengar kawasan berpasir itu mengalami banjir kilat.Jika kita renungkan ayat umpama kawasan khatulistiwa…kebiasaan CNN BBC dan malapataka berlaku hujan dan tanah runtuh.Jika ini berlaku dikawasan berpasir sesuatu yang amat dipersilakan.Tandus mengalami banjir..
Ini Yesus jika buat perumpamaan membuat kita berfikir dia ini cakap tak serupa bikinkah?
Jika perumpamaan ini kita di garis khatulistiwa memang tahu…bahkan kita serik mengalaminya.Atau tempat kita dilanda salji.Ketika salji semua pergerakan agak terbatas namun jika itu dinegera kita.Sayalah mungkin orang pertama keluar bermain atau rasakan itu salji.!!
Ketenangan
Jika teguh itu orang yang tenang….ribut taufan datang pasti tenang….Ini adalah buah keteguhan…peristiwa Yesus berjalan atas air(Mat 14:22-33)…..hanya orang tenang sahaja boleh berjalan seperti Yesus….ayat 30…ketika dirasainya angin…terjemahan lain menyatakan ketika dia melihat angin…
Petrus merasa dan melihat angina yang sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuhnya.Jika dasar dia teguh apakah dia mulai tenggelam?
Tidak ada manusia yang buta terhadap masalah atau deria ransangan dia rosak..tidak melihat dan tidak merasa angin itu????semua kita hadapi badai hidup semua kita pernah alami….namun jika dasar yang teguh itu maka tenang….Yesus ada bersama ku..Petrus tengelam kerana dia tidak sungguh-sungguh..saat itu kurang sungguh-sungguh hanya ikut-ikutan sahaja…inilah dasar kita mulai tenggelam dalam masalah kita.
Kita perhatikan lah sikap dia yang senantiasa membabi buta sahaja….ayat 28…Mat 14:27 Tetapi segera Yesus berkata kepada mereka: "Tenanglah! Aku ini, jangan takut!"
Mat 14:28 Lalu Petrus berseru dan menjawab Dia: "Tuhan, apabila Engkau itu, suruhlah aku datang kepada-Mu berjalan di atas air.Jelas bukan Yesus mempersetujui/berkenanan kepada permintaanya…datangla….ayat 29…jika anda Yesus kamu berkenankan permintaan Petrus?atau mungkin statement kita …datanglah kalau berani!!!
Petrus sudah jelas mendengar jawapan dari Tuhan Yesus .mari….saat ini keluar dari perahu terus goyah…persoalanya mengapa Petrus ragu dengan jawapan dari soalannya sendiri.Yesus telah janjikan …Matius 28:20…Aku menyertaimu sampai zaman…Masih ragukan kita dengan kenyataan Yesus ini.Dalam masalah sekalipun tetap Yesus ada masih ragukah kita?Makanya tetap …Tenang….
Keyakinan
Ketenangan membuahkan Keyakinan….tidak ada kejayaan yang terhasil dari kegusaran…kita semua bekas pelajar dan orang yang terpelajar….ada pernah kita menghadapi peperiksaan gusar/risah/jiwa yang gudah gulana.duduk macam tidak rasa duduk berdiri pun rasa penat….no…way….jika kita tidak tenang maka tidak yakin..
Contoh captain….bilun(kapal terbang)…keselamatan laporkan 80% tahap keselamatan….kamu berada dalam penerbangan tersebut? Namun jika kapten itu menyatakan dengan tenang melalui pengalaman saya,kita akan selamat mendarat di destinasi kita…berbanding dengan sebaliknya
Juruterbang yang ingin menjelaskan keadaan namun dalam keadaan yang tidak tenang,muka yang berpeluh-peluh lagi,peyampaian yang cepat tidak didengar oleh penumpang.
….my oral test….kerana tidak tenang maka overconfident..nah disini saya ingat sungguh kita beriman namun harus tenang
Paulus seorang banduan yang berkeyakinan kerana dia tenang.Kis 27…pelayaran ke Roma….jika kita baca itu….tidak takut kerana dia tenang dan yakin akan keselamatannya,kapal terkandas, bahkan yakin penyertaan Tuhan.Paulus beriman namun dia tenang…santai bersama Allah..
Mempengaruhi
Keyakinan dapat mempengaruhi…
Anda jurujual tidak yakin product anda jangan harap ada income..outcome adalah…Petrus tanpa keyakinan tidak akan berjaya mempengaruhi orang Yahudi yang tersebar di Pontus, Galatia, Kapadokia, Asia Kecil dan Bitinia, menyatakan akan harinya Tuhan…
Keyakinan itu cost smomthings….i mean kegagalan…melalui kegagalan itu belajar tahu itu salah dan yakin,,ini selamat atau betul…dari sini modal kita menjangkau jiwa..
Kesimpulan
Bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita melakukan apa yang Tuhan perintahkan Cuma persoalanya adalah kehendak kita.Ya atau tidak.Saya percaya gerak hati kita inginkan sesuatu yang teguh namun seringkali kita malu kerana sindiran orang dengan tindakan kita yang mahu berubah.Perubahan umpama permata yang ditemui.Jika mahu kita pergi mengambilnya.Terdapat satu kalimat” Mat 4:4 Tetapi Yesus menjawab: "Ada tertulis: Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Allah."
Hidup mendengarkan Tuhan boleh hidup bukan dengan sindiran manusia.
Kesungguhan,
Keteguhan,
Ketenangan
Keyakinan…
Mempengaruhi
Tuhan Yesus Memberkati
No comments:
Post a Comment