Friday, 3 August 2012

HOSEA,KRISIS DAN AKIBAT


Salam Sejahtera,apa khabar pembaca semua,cabaran kita saat ini adalah upaya kita menghadapi keadaan Krisis dan Akibat.Mungkin ramai kita umun dengan maksud krisis bahkan ianya cederung kepada yang negatif!Krisis ekonomi/rumahtangga dan sebagainya.Berapa minggu yang lalu saya bertemu dengan sahabat lama saya sejak dibangku sekolah lagi.Kesaksian yang dia kongsikan,dia pernah ditamatkan perkhitmatannya.Ini kerana kesan Krisis Ekonomi beberapa tahun yang lalu.Sunnguhpun ada pampasan secara logik kita pun berfikir selama mana ianya bertahan.Perkara yang menarik perhatian saya adalah,saat dia menyatakan ,jika dia masih berada ditempat lama saya pasti saya tidak akan menjawat jawatan saya saat ini.Ini tempat lama dia tidak pernah kenaikan pangkat selama lebih 7 tahun berkhitmat di syarikat tersebut.Untuk kita mengumuli ketika krisis itu memang satu yang menyakitkan,sedih dan pasti timbul fikiran yang negative.
Pembacaan kita dalam kitab Hosea fasal selanjutnya,dimana Allah menyatakan Amarahnya kepada umatnya Israel.Ketika kita dimarahi majikan dan orang tua kita sistuasi akan menimbul krisis kecil malah ada yang mungkin mengambil masa yang lama.Ada kesan daripada itu kita sering diperhatikan oleh majikan kita dan kita tidak akan bersemangat melakukan tugasan kita mungkin menunggu ditamat khitmat kita.Bah kata perpatah”sedangkan lidah lagi tergigit”……sambung sendiri…..tiada rumahtangga,organisasi,syarikat yang kebal terhadap krisis.Semua itu kita lalui.Jesteru melalui krisis ini kita lebih kenal rapat lagi.Si suami sangat mengenal isterinya dan juga sebaliknya.Apa yang dia suka dan tidak.Ini kesan daripada krisis itu.Tuhan menyatakan amarahnya terhadap umat bukan kerana mereka tidak berguna tetapi bertapa sayangnya Tuhan terhadap pilihanNya.
Dewasa ini kita menghadapi masalah bukan kerana Allah tidak perhatikan namun Allah gunakan masalah itu kita mendekat dan bergantung harap kepadaNya.Jika kita bandingkan 50 tahun yang lalu,saya ambil contoh rumah panjang,perhatikan tiang rumah panjang sekarang dengan zaman moyang kita?Semua itu umpama langit dan bumi,jauh bezanya.sekarang tiang 4x4 atau 5x5,dulu itu satu batang yang besar atau bongkah yang besar.Semua ini dapat dilakukan kerana pada itu kerjasama daripada orang-orang kampong gotong royong.Tidak apa lagi yang kita harapkan untuk melakukannya jika tidak berkerjasama!Saat ini orang bersandar kepada wang ringgit,jika saya tidak lakukan wang ringgit ganti.Ini kenyataan memang pun patut.Cuma apa yang saya ketengahkan adalah apa sandaran kita saat itu dan zaman dulu.
Maka perhatikan diri kita sendiri jika kita tidak ada kenaikan pangkat jangan melenting kepada Tuhan saya layaniMu siang malam berapa tahun..aku masih seperti yang dulu…..Jika kita sudah matang,Allah pasti menggenapinya.Saudara pasti mengalami saat gaji kita kecil aduhhhh keluhan kita kepada Tuhan itu saudara mendayu-dayu…saat itu betul-betul kita bersandar kepada Tuhan..Azam kita Tuhan alangkah indahnya jika saya dapat memberi perpuluhan yang banyak jika gaji saya…catat sendiri berapa angka?? Luk 21:-4  Lalu Ia berkata: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya janda miskin ini memberi lebih banyak dari pada semua orang itu.Sebab mereka semua memberi persembahannya dari kelimpahannya, tetapi janda ini memberi dari kekurangannya, bahkan ia memberi seluruh nafkahnya.
Maka itu saudara kekasih,Krisis dan Akibat ini menberi kesan yang mendalam.Jika tidak mahu kesan negative jangan cuba mencipta krisis dan jika mahu kehidupan kita sejahtera,mari bersandar terus kepada Tuhan.Jangan mula mempersalahkan Tuhan dan keadaan.Ketika zaman kanak-kanak dulu saya masih ingat seorang pengkhotbah menyatakan,dia mendengar doa rakan dia,..Tuhan jauhkanlah nyamuk ini daripada menggangu kami mendengar firmanMu….Agaknya apa yang saudara fikirkan?Apakah Tuhan itu sudah jadi hamba kita yang membersih gereja?Banyak hal terjadi kerana tindakan kita.Seorang pemuda berdoa..Tuhan saya daripada orang yang tidak percaya kepadaMu agar saya tidak berkahwin dengan orang tidak seiman.Akhirnya dia berkahwin dengan orang yang tidak seiman dengan dia.Bila ditanyakan kenapa hal ini terjadi?Jawabnya dengan lantang..saya berdoa agar Tuhan jauhkan saya daripada golongan ini namun tidak.Saudara mahu yang bagaimana?Tuhan letakan anda di planet Marikh..mahu jadi John Carter.??Kita memang bergaul sesama manusia cuma kita memiliki pilihan!Bukan kerana keadaannya.Jesteru keadaan yang buruk Tuhan letakkan kita agar menjadi Garam dan Terang bukan sebaliknya. Mat_10:16  "Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala, sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati.
Mari hadapi krisis dengan sandaran yang padu kepada Tuhan Yesus Kristus

No comments:

Post a Comment