Salam Sejahtera,apa khabar
pembaca semua,cabaran kita saat ini adalah upaya kita menghadapi keadaan Krisis
dan Akibat.Mungkin ramai kita umun dengan maksud krisis bahkan ianya cederung
kepada yang negatif!Krisis ekonomi/rumahtangga dan sebagainya.Berapa minggu
yang lalu saya bertemu dengan sahabat lama saya sejak dibangku sekolah
lagi.Kesaksian yang dia kongsikan,dia pernah ditamatkan perkhitmatannya.Ini
kerana kesan Krisis Ekonomi beberapa tahun yang lalu.Sunnguhpun ada pampasan
secara logik kita pun berfikir selama mana ianya bertahan.Perkara yang menarik
perhatian saya adalah,saat dia menyatakan ,jika dia masih berada ditempat lama
saya pasti saya tidak akan menjawat jawatan saya saat ini.Ini tempat lama dia
tidak pernah kenaikan pangkat selama lebih 7 tahun berkhitmat di syarikat
tersebut.Untuk kita mengumuli ketika krisis itu memang satu yang
menyakitkan,sedih dan pasti timbul fikiran yang negative.
Pembacaan kita dalam kitab Hosea
fasal selanjutnya,dimana Allah menyatakan Amarahnya kepada umatnya Israel.Ketika
kita dimarahi majikan dan orang tua kita sistuasi akan menimbul krisis kecil
malah ada yang mungkin mengambil masa yang lama.Ada kesan daripada itu kita
sering diperhatikan oleh majikan kita dan kita tidak akan bersemangat melakukan
tugasan kita mungkin menunggu ditamat khitmat kita.Bah kata perpatah”sedangkan
lidah lagi tergigit”……sambung sendiri…..tiada rumahtangga,organisasi,syarikat
yang kebal terhadap krisis.Semua itu kita lalui.Jesteru melalui krisis ini kita
lebih kenal rapat lagi.Si suami sangat mengenal isterinya dan juga
sebaliknya.Apa yang dia suka dan tidak.Ini kesan daripada krisis itu.Tuhan
menyatakan amarahnya terhadap umat bukan kerana mereka tidak berguna tetapi
bertapa sayangnya Tuhan terhadap pilihanNya.
Dewasa ini kita menghadapi masalah
bukan kerana Allah tidak perhatikan namun Allah gunakan masalah itu kita
mendekat dan bergantung harap kepadaNya.Jika kita bandingkan 50 tahun yang
lalu,saya ambil contoh rumah panjang,perhatikan tiang rumah panjang sekarang
dengan zaman moyang kita?Semua itu umpama langit dan bumi,jauh bezanya.sekarang
tiang 4x4 atau 5x5,dulu itu satu batang yang besar atau bongkah yang
besar.Semua ini dapat dilakukan kerana pada itu kerjasama daripada orang-orang
kampong gotong royong.Tidak apa lagi yang kita harapkan untuk melakukannya jika
tidak berkerjasama!Saat ini orang bersandar kepada wang ringgit,jika saya tidak
lakukan wang ringgit ganti.Ini kenyataan memang pun patut.Cuma apa yang saya
ketengahkan adalah apa sandaran kita saat itu dan zaman dulu.
Maka perhatikan diri kita sendiri
jika kita tidak ada kenaikan pangkat jangan melenting kepada Tuhan saya
layaniMu siang malam berapa tahun..aku masih seperti yang dulu…..Jika kita
sudah matang,Allah pasti menggenapinya.Saudara pasti mengalami saat gaji kita
kecil aduhhhh keluhan kita kepada Tuhan itu saudara mendayu-dayu…saat itu
betul-betul kita bersandar kepada Tuhan..Azam kita Tuhan alangkah indahnya jika
saya dapat memberi perpuluhan yang banyak jika gaji saya…catat sendiri berapa
angka?? Luk 21:-4 Lalu Ia berkata: "Aku berkata kepadamu,
sesungguhnya janda miskin ini memberi lebih banyak dari pada semua orang
itu.Sebab mereka semua memberi persembahannya dari kelimpahannya, tetapi janda
ini memberi dari kekurangannya, bahkan ia memberi seluruh nafkahnya.
Maka itu saudara kekasih,Krisis
dan Akibat ini menberi kesan yang mendalam.Jika tidak mahu kesan negative
jangan cuba mencipta krisis dan jika mahu kehidupan kita sejahtera,mari
bersandar terus kepada Tuhan.Jangan mula mempersalahkan Tuhan dan keadaan.Ketika
zaman kanak-kanak dulu saya masih ingat seorang pengkhotbah menyatakan,dia
mendengar doa rakan dia,..Tuhan jauhkanlah nyamuk ini daripada menggangu kami
mendengar firmanMu….Agaknya apa yang saudara fikirkan?Apakah Tuhan itu sudah
jadi hamba kita yang membersih gereja?Banyak hal terjadi kerana tindakan
kita.Seorang pemuda berdoa..Tuhan saya daripada orang yang tidak percaya
kepadaMu agar saya tidak berkahwin dengan orang tidak seiman.Akhirnya dia
berkahwin dengan orang yang tidak seiman dengan dia.Bila ditanyakan kenapa hal
ini terjadi?Jawabnya dengan lantang..saya berdoa agar Tuhan jauhkan saya
daripada golongan ini namun tidak.Saudara mahu yang bagaimana?Tuhan letakan
anda di planet Marikh..mahu jadi John Carter.??Kita memang bergaul sesama
manusia cuma kita memiliki pilihan!Bukan kerana keadaannya.Jesteru keadaan yang
buruk Tuhan letakkan kita agar menjadi Garam dan Terang bukan sebaliknya. Mat_10:16
"Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala,
sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati.
Mari hadapi krisis dengan sandaran yang padu kepada Tuhan
Yesus Kristus