Tuesday, 7 August 2012

Prinsip vs Takut akan Allah



Pelajaran dalam kitab Hosea ini mencetus keadaan dimana Allah mengetenghakan keadaan dimana kita yang dibawah pandangan dan amalan kita sendiri.Sering kali kita hanya menyatakan saat ini sudah berubah dan kita arus mengikuti arus.Saya sangat setuju namun jangan kita terpengaruh!.Manusia boleh menyatakan bergitu banyak prinsip dan jika dibukukan itu mungkin boleh beberapa naskah terhasil.
Saudara kebanyakan prinsip duniawi hanya untuk kepuasan peribadi.Misalnya”saya tidak kacau kamu,kamu jangan kacau saya”.Pembawaan sebergini menlahirkan individu yang tegar dengan alasannya dengan cara hidup yang baik akan menghasilkan keadaan yang baik.Mungkin pembaca rasa agak ganjil,jika buat baik memanglah baik jadinya.Izinkan saya mencuka minda anda semua!Apakah jaminan dunia ini aman dengan perbuatan baik manusia?Apakah ada jaminan yang menyatakan keadaan boleh terjadi?Alasan saya adalah bergini apakah dunia akan aman tanpa Yesus Kristus? 1Pt_5:8  Sadarlah dan berjaga-jagalah! Lawanmu, si Iblis, berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya. Yoh_8:44  Iblislah yang menjadi bapamu dan kamu ingin melakukan keinginan-keinginan bapamu. Ia adalah pembunuh manusia sejak semula dan tidak hidup dalam kebenaran, sebab di dalam dia tidak ada kebenaran. Apabila ia berkata dusta, ia berkata atas kehendaknya sendiri, sebab ia adalah pendusta dan bapa segala dusta.Bagaimana kita tahu ianya baik jika bergantung kepada diri sendiri tanpa Tuhan.Jika berbuat baik,adalah satu hal yang agak RAPUH.Manusia ini tidak diprogramkan untuk berbuat baik namun hanya sebuah PILIHAN. Mzm_33:16  Seorang raja tidak akan selamat oleh besarnya kuasa; seorang pahlawan tidak akan tertolong oleh besarnya kekuatan.
Maka itu orang yang Takut akan Allah itu berserah kepada Tuhan dengan melakukan kewajiban yang Allah inginkan.Cuba bayangkan orang yang berharap kepada Tuhan pencobaan hebat,ini kenapa?Oleh itu saya tidak mahu jadi pengikut Kristus sebab hebat derita dan cobaannya? 1Kr_10:13  Pencobaan-pencobaan yang kamu alami ialah pencobaan-pencobaan biasa, yang tidak melebihi kekuatan manusia. Sebab Allah setia dan karena itu Ia tidak akan membiarkan kamu dicobai melampaui kekuatanmu. Pada waktu kamu dicobai Ia akan memberikan kepadamu jalan ke luar, sehingga kamu dapat menanggungnya. Ketika Hosea bernubuat  kepada umat serta gambaran keluarganya itu menimbulkan bagaimana Allah sangat ingin umatNya bersandar kembali kepada-Nya.Apakah kita mahu berbahas dengan iblis tentang hidup?Apakah yang kita tahu mengenai kebaikan daripada iblis?Biasa kita dengar “siapa dulu makan garam?Ini perkataan yang memadankan golongan muda untuk menyatakan cadangan dan pandangan.Jadi mahukah kita menyatakan cadangan dan pandangan kepada iblis?Siapa tahu berapa umur iblis?Mungkin ada pembaca yang terkilan jika bergitu kita yang tidak pergi sembayang ini rakan rapat iblis?Saya tidak mencederakan orang bahkan saya tidak menganggu orang yang ke gereja!Atau lebih bernas lagi saya  ada cara tersendiri perhubungan dengan Allah.Mzr 133:1…. alangkah baiknya dan indahnya, apabila saudara-saudara diam bersama…ini pengharapan raja Daud kepada rakyatnya dan umat Tuhan.Penulis Ibrani pun menyarankan dalam ibadah bukan persendirian. Ibr 10:25  Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendeka.Apakah kerana kreatif?Apakah manusia suka akan keadaan Darurat baru mahu bersama.Maka itu jangan hairan jika keadaan yang sukar terjadi,maka saat itu jangan bertanyakan Tuhan kenapa itu dan ini?Keadaan sukar melanda kita yang mengundang?Kisah nyata di kampong saya bukan hendak mengaibkan namun ini kenyataan.Itulah kali pertama gereja penuh dan orang yang jarang dan tidak pernah ke gereja pun menghadari kebaktian.Mungkin ada peristiwa itu pernah terjadi sebelum ini itu saya tidak tahu.Kejadian ini terjadi kerana terdapat kadar kematian yang mendadak.Untuk hidup berlari kepada Tuhan mencari perlindungan.Ternyata Allah tidak pernah gagal menetapi janjinya kepada barang siapa yang berseru kepadaNya pasti tertolong Mzm_22:24  (22-25) Sebab Ia tidak memandang hina ataupun merasa jijik kesengsaraan orang yang tertindas, dan Ia tidak menyembunyikan wajah-Nya kepada orang itu, dan Ia mendengar ketika orang itu berteriak minta tolong kepada-Nya.
Sejarah Israel mencatatkan Raja Daud merupakan seorang raja yang terpandang dan sangat disegani.Hanya baginda sahaja yang berjaya menyatupadukan Israel.Baginda tidak mempunyai prinsip hidup namun seorang yang hanya takut akan Allah sahaja.Ini kerana dari kecil baginda sudah takut akan Allah. 1Sa_17:37  Pula kata Daud: "TUHAN yang telah melepaskan aku dari cakar singa dan dari cakar beruang, Dia juga akan melepaskan aku dari tangan orang Filistin itu." Kata Saul kepada Daud: "Pergilah! TUHAN menyertai engkau.".Kenyataan baginda dihadapan rajanya Raja Saul sebelum membunuh Goliat.Baginda seorang gembala kambing biri-biri dan masih belasan tahun.
Oleh itu,apakah kemanpuan kita yang berpendiran sendiri tanpa Tuhan?.Yesaya menyifatkan kebaikan manusia ini hanya kain kotor. Yes_64:6  Demikianlah kami sekalian seperti seorang najis dan segala kesalehan kami seperti kain kotor; kami sekalian menjadi layu seperti daun dan kami lenyap oleh kejahatan kami seperti daun dilenyapkan oleh angin.Maka mari kita menanggalkan pandangan kita yang sebelum ini baik pada diri kita namun itu tidak memberi apa-apa dihadapan Tuhan.
Tuhan Yesus Memberkati.


Friday, 3 August 2012

HOSEA,KRISIS DAN AKIBAT


Salam Sejahtera,apa khabar pembaca semua,cabaran kita saat ini adalah upaya kita menghadapi keadaan Krisis dan Akibat.Mungkin ramai kita umun dengan maksud krisis bahkan ianya cederung kepada yang negatif!Krisis ekonomi/rumahtangga dan sebagainya.Berapa minggu yang lalu saya bertemu dengan sahabat lama saya sejak dibangku sekolah lagi.Kesaksian yang dia kongsikan,dia pernah ditamatkan perkhitmatannya.Ini kerana kesan Krisis Ekonomi beberapa tahun yang lalu.Sunnguhpun ada pampasan secara logik kita pun berfikir selama mana ianya bertahan.Perkara yang menarik perhatian saya adalah,saat dia menyatakan ,jika dia masih berada ditempat lama saya pasti saya tidak akan menjawat jawatan saya saat ini.Ini tempat lama dia tidak pernah kenaikan pangkat selama lebih 7 tahun berkhitmat di syarikat tersebut.Untuk kita mengumuli ketika krisis itu memang satu yang menyakitkan,sedih dan pasti timbul fikiran yang negative.
Pembacaan kita dalam kitab Hosea fasal selanjutnya,dimana Allah menyatakan Amarahnya kepada umatnya Israel.Ketika kita dimarahi majikan dan orang tua kita sistuasi akan menimbul krisis kecil malah ada yang mungkin mengambil masa yang lama.Ada kesan daripada itu kita sering diperhatikan oleh majikan kita dan kita tidak akan bersemangat melakukan tugasan kita mungkin menunggu ditamat khitmat kita.Bah kata perpatah”sedangkan lidah lagi tergigit”……sambung sendiri…..tiada rumahtangga,organisasi,syarikat yang kebal terhadap krisis.Semua itu kita lalui.Jesteru melalui krisis ini kita lebih kenal rapat lagi.Si suami sangat mengenal isterinya dan juga sebaliknya.Apa yang dia suka dan tidak.Ini kesan daripada krisis itu.Tuhan menyatakan amarahnya terhadap umat bukan kerana mereka tidak berguna tetapi bertapa sayangnya Tuhan terhadap pilihanNya.
Dewasa ini kita menghadapi masalah bukan kerana Allah tidak perhatikan namun Allah gunakan masalah itu kita mendekat dan bergantung harap kepadaNya.Jika kita bandingkan 50 tahun yang lalu,saya ambil contoh rumah panjang,perhatikan tiang rumah panjang sekarang dengan zaman moyang kita?Semua itu umpama langit dan bumi,jauh bezanya.sekarang tiang 4x4 atau 5x5,dulu itu satu batang yang besar atau bongkah yang besar.Semua ini dapat dilakukan kerana pada itu kerjasama daripada orang-orang kampong gotong royong.Tidak apa lagi yang kita harapkan untuk melakukannya jika tidak berkerjasama!Saat ini orang bersandar kepada wang ringgit,jika saya tidak lakukan wang ringgit ganti.Ini kenyataan memang pun patut.Cuma apa yang saya ketengahkan adalah apa sandaran kita saat itu dan zaman dulu.
Maka perhatikan diri kita sendiri jika kita tidak ada kenaikan pangkat jangan melenting kepada Tuhan saya layaniMu siang malam berapa tahun..aku masih seperti yang dulu…..Jika kita sudah matang,Allah pasti menggenapinya.Saudara pasti mengalami saat gaji kita kecil aduhhhh keluhan kita kepada Tuhan itu saudara mendayu-dayu…saat itu betul-betul kita bersandar kepada Tuhan..Azam kita Tuhan alangkah indahnya jika saya dapat memberi perpuluhan yang banyak jika gaji saya…catat sendiri berapa angka?? Luk 21:-4  Lalu Ia berkata: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya janda miskin ini memberi lebih banyak dari pada semua orang itu.Sebab mereka semua memberi persembahannya dari kelimpahannya, tetapi janda ini memberi dari kekurangannya, bahkan ia memberi seluruh nafkahnya.
Maka itu saudara kekasih,Krisis dan Akibat ini menberi kesan yang mendalam.Jika tidak mahu kesan negative jangan cuba mencipta krisis dan jika mahu kehidupan kita sejahtera,mari bersandar terus kepada Tuhan.Jangan mula mempersalahkan Tuhan dan keadaan.Ketika zaman kanak-kanak dulu saya masih ingat seorang pengkhotbah menyatakan,dia mendengar doa rakan dia,..Tuhan jauhkanlah nyamuk ini daripada menggangu kami mendengar firmanMu….Agaknya apa yang saudara fikirkan?Apakah Tuhan itu sudah jadi hamba kita yang membersih gereja?Banyak hal terjadi kerana tindakan kita.Seorang pemuda berdoa..Tuhan saya daripada orang yang tidak percaya kepadaMu agar saya tidak berkahwin dengan orang tidak seiman.Akhirnya dia berkahwin dengan orang yang tidak seiman dengan dia.Bila ditanyakan kenapa hal ini terjadi?Jawabnya dengan lantang..saya berdoa agar Tuhan jauhkan saya daripada golongan ini namun tidak.Saudara mahu yang bagaimana?Tuhan letakan anda di planet Marikh..mahu jadi John Carter.??Kita memang bergaul sesama manusia cuma kita memiliki pilihan!Bukan kerana keadaannya.Jesteru keadaan yang buruk Tuhan letakkan kita agar menjadi Garam dan Terang bukan sebaliknya. Mat_10:16  "Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala, sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati.
Mari hadapi krisis dengan sandaran yang padu kepada Tuhan Yesus Kristus

Thursday, 2 August 2012

HOSEA,BERKORBAN APA SAJA...


Shalom,bertemu semula kita dalam renungan hari ini,Kitab Hosea pada saya sebuah catatan mendasar kepada Pengorbanan yang besar.Saya teringat akan senikata lagu P.Ramlee...dalam filem Hang Tuah...berkorban apa sahaja...Kita perhalusi bersama peristiwa yang berlaku dalam fasal 1 dan 2.
Fasal 1 dimana Allah memakai kehidupan Hosea yang adalah teruna tulen dan dia rela menodai dirinya kerana panggilan Tuhan. Hos 1:2  Ketika TUHAN mulai berbicara dengan perantaraan Hosea, berfirmanlah Ia kepada Hosea: "Pergilah, kawinilah seorang perempuan sundal dan peranakkanlah anak-anak sundal, karena negeri ini bersundal hebat dengan membelakangi TUHAN.".Jika tidak silap saya dia adalah seorang nabi yang seluruh keluarganya hancur.Bukan satu hal mudah untuk kita melihat keadaan keluarga  hamba Tuhan  yang porak poranda.Kebiasaanya kita ingin melihat nabi itu harus jadi teladan dengan kehidupan yang aman dan tertib.Terdapat 2 faktor yang kita pelajari,
Pertama, sebagai orang yang percaya kepada Tuhan jangan kita cepat menghakimi keadaan hamba Tuhan.Tuhan memakai manusia yang waras menjadi hambaNya.Kebiasaanya atau lazimnya.Tuhan itu tidak terbatas!Itu yang pasti,Dia boleh sahaja memakai orang yang gila dan sebagainya namun Dia Allah yang mencipta manusia dan tahu batasan dan kemanpuan kita.Bayangkan Tuhan pakai mereka yang mengalami sakit mental menjadi hambaNya.Apakah pandangan kita?Oleh itu kita seharus menyokong dalam mendoakan keadaan itu. Nebukadnezar seorang raja yang waras kenapa selama 7 tahun akal tiba-tiba berubah menjadi kambing atau lembu?Daniel 4:32-34.Dalam pun sistuasi mari kita belajar mengambil langkah tepat jangan cepat menghakimi keadaan itu.Ayo siapa manusia yang tidak mahu bahagia baik untuk peribadinya atau keluarganya?Namun sebagai peminpin atau hamba Tuhan jangan pula kita mengambil kesempatan kerana kesilapan kita atau kealpaan kita maka kita jadikan itu sudah kehendak Tuhan!!


Perspektif yang kedua,kepada tuan punya badan atau kita yang menghadapinya.Ini adalah cabaran dan teladan untuk kita jadikan rujukan.Marilah kita kuatkan dan teguhkan iman percaya kita.Kita harus berpandangan kedepan dan positif.Jika kita lemah jangan kita menyatakan saya lemah Tuhan tidak dapat berbuat apa-apa namun kembangkan kekuatan kita,katakan Tuhan saya lemah namun berikan kekuatan.Ini adalah komitment kita dengan Tuhan.Yesus juga menderita sebagaimana nabi dan hamba Tuhan sebelumNya.Komitment ini saya gambarkan bergini,jika anda seorang bapa atau ayah komitment kita menyara keluarga.Ianya lebih mendalam dari pilihan.Mampukah kita bapa yang waras menyatakan kepada anak kita yang berusia 5 tahun kebawah"anak ayah lemah ini,kau carilah makanan sendiri.Jika kita sakit tenat parah itu perkara yang diterima akal lainlah deman sikit semacamnya parah sangat.Sering kali kita dipengaruhi oleh fantasi kita yang Tuhan akan melakukan mujizat.Saya percaya kepada mujizat namun jangan itu menjadi sandaran utama kita.Contoh,membanggunkan sebuah gereja,apakah kita perlu menanti Tuhan menjadi gereja itu seklip mata sebagaimana kita tonton di lensa TV hari ini.?


Bukan hal yang mudah kerana harga Salib itu adalah mahal.Hanya Tuhan yang manpu melunaskan setiap tuntutan dosa.Jika kita katakan hari ini kita sangat terjepit,tersiksa dan seakan kita ingin meraung kepada Tuhan “kenapa dan seterusnya rungutan kita kepada Tuhan kita telah memberi bonus kepada iblis.Penyataan Ayub 2:10  Tetapi jawab Ayub kepadanya: "Engkau berbicara seperti perempuan gila! Apakah kita mau menerima yang baik dari Allah, tetapi tidak mau menerima yang buruk?" Dalam kesemuanya itu Ayub tidak berbuat dosa dengan bibirnya.Berapakah harga pada seorang hamba?Jika sudah hamba apa yang Tuannya berikan itulah yang kita terima dan sebaliknya.Kekuatan itu bukan sekadar kita kuat fisikal boleh mengangkat jambatan  Danyang Kunshan Grand Bridge(jambatan terpanjang didunai),pindahkan ke Johor dan Sarawak namun Tuhan boleh salurkan hikmat dan kebijaksanaan.Saudara tentu masih ingat cerita Sang Kancil dan Buaya.Siapa antara mereka menang?Itulah kekuatan hikmat.Jambatan itu tercipta bukan melalui kekuatan.
Mari kita bersama belajar daripada Hosea yang taatsetia kepada Tuhan.

Wednesday, 1 August 2012

RENDAH DIRI,JUJUR DAN TEKUN


Shalom,penyataan yang membanggunkan adalah apa bila seseorang itu merendahkan diri selalu menyatakan dirinya tiada punya kehebatan yang melebihi yang Esa.Namun perkara yang paling sukar untuk kita nilaikan adalah kejujuran orang itu.Hal ini yang berlaku pada Daniel setelah dia diangkat tinggi oleh pemerintah namun dia insan yang tetap jujur tentang apa yang dia lakukan. Sadrakh, Mesakh dan Abednego, mereka jujur akan apa yang mereka lakukan.Tuhan Yesus menyatakan hal yang sama.Dia jujur akan siapa yang mengutus Dia dan tiada yang lebih tinggi selain yang mengutus. Yoh_13:16  Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya seorang hamba tidaklah lebih tinggi dari pada tuannya, ataupun seorang utusan dari pada dia yang mengutusnya.
        Segala penglihatan Daniel saudara merupakan satu perkara yang sangat Ilahi,sukar untuk akal jangkau dan terlalu mendalam akan maksudnya.Saya hanya inginkan kita belajar dari Daniel ini akan langkah-langkah yang dia lakukan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Pertama dia mengangkat perkara itu dengan penuh tekun. Dan 10:2-3  Pada waktu itu aku, Daniel, berkabung tiga minggu penuh: makanan yang sedap tidak kumakan, daging dan anggur tidak masuk ke dalam mulutku dan aku tidak berurap sampai berlalu tiga minggu penuh.Mungkin timbul pertanyaan?Apakah harus saya berpuasa pada tiap-tiap perkara yang Tuhan nyatakan?Pada hemat saya ianya tergantung kepada kita sendiri untuk menilainya. Yes_58:5-6 Sungguh-sungguh inikah berpuasa yang Kukehendaki, dan mengadakan hari merendahkan diri, jika engkau menundukkan kepala seperti gelagah dan membentangkan kain karung dan abu sebagai lapik tidur? Sungguh-sungguh itukah yang kausebutkan berpuasa, mengadakan hari yang berkenan pada TUHAN? Bukan! Berpuasa yang Kukehendaki, ialah supaya engkau membuka belenggu-belenggu kelaliman, dan melepaskan tali-tali kuk, supaya engkau memerdekakan orang yang teraniaya dan mematahkan setiap kuk,                                                                                                                                                     Tekun yang saya katakan ini adalah ianya mengambil serius akan hal ini makanya dia terus bertanyakan dan bergumul kepada Tuhan akan apa yang sebenarnya.Seorang ibu tekun menjaga kesihatannya ketika mengandung.Daniel mendapat tahu perkara ini dan tekun memeliharaan penglihatannya kerana itu dia tertib dengan amalan hidupnya dihadapan Tuhan.Apakah boleh diterima jika Daniel mengandung akan penglihatan itu dan berbuat dosa?Apakah Tuhan berkenaan?                                                                                                                Jelas kepada kita saudara kita terus tekun percaya kepada Tuhan sampai kedatangan Tuhan.Kita tahu ini satu yang ilahi dan sukar dijelaskan.Ianya satu yang ilahi.Hari Kiamat,1/3 atau lebih penghuni dunia tahu akan perkara ini.Daniel berpuasa tidak menyentuh apa makanan ini sama halnya kita yang mana kehidupan dunia jangan terikut dengan pengaruh dunia Rom 12:2  Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna.Jika dahulu anda tidak tekun belajar pasti anda tidak sebagaimana hari ini.Ada cabaran tetap juga ingin ke sekolah.Ibubapa tidak duit belanja kenapa kita tetap ke sekolah?Mereka yang berjaya itu pasti pelajar yang tidak putus asa.BETUL TAK!!Kenapa dengan kehidupan rohani kita lalaikan atau acuh tak acuh.Ada cabaran putus asa.Mula mencari alasan saya bergini kerana dia itu,Pastor saya atau Peminpin saya.Kepada bekas pelajar semua,semua kita terpelajar bukan!Apakah kegagalan itu pelajar semua letak dibahu ibubapa anda atau guru anda?Saya sangat percaya tidak ibubapa yang menghalang kita untuk belajar mereka sangat menggalakan sungguh pun dalam kekurangan.Maafkan saya jika saya gagal temukan kesaksian seorang pelajar dimana dia tidak berjaya kerana ibubapa mereka menghalangi mereka sungguh-sungguh untuk belajar atau mungkin jika kamu belajar maka kamu bukan anak kami lagi.!!Perjalanan Yesus ke Golgata bukan Dia teguhkan dengan kekuatan ilahinya namun sepeuhnya tenaga manusia.Jika tenaga manusia terlibat pasti ada jatuh bangunnya Dia.Tekun itu mencabar perkerjaan Iblis.Kita tahu iblis tidak akan terdiam kerana dia hamba Dosa.Senjata terbesarnya mengoda dan mengelirukan.Oleh Paulus menjelaskan Rom 12:2 diatas.
Selamat Melayani...Tuhan Yesus Memberkati,

Thursday, 26 July 2012

Jaminan Ibadah


Shalom,bertemu kembali bersama,renungan harian kita hari ini adalah dalam Daniel fasal 6.Kisah nyata ini telah tercatat dalam mana manuskrip kerajaan Babilon kuno.Ianya merupakan catatan rasmi kerajaan.Titah raja ada siapa yang berani memansuhkannya.Dan 6:25  (6-26) Kemudian raja Darius mengirim surat kepada orang-orang dari segala bangsa, suku bangsa dan bahasa, yang mendiami seluruh bumi, bunyinya: "Bertambah-tambahlah kiranya kesejahteraanmu! Dan 6:26  (6-27) Bersama ini kuberikan perintah, bahwa di seluruh kerajaan yang kukuasai orang harus takut dan gentar kepada Allahnya Daniel, sebab Dialah Allah yang hidup, yang kekal untuk selama-lamanya; pemerintahan-Nya tidak akan binasa dan kekuasaan-Nya tidak akan berakhir. 
Cerita pendek ini mencatatkan bagaimana pemeliharaan Allah kepada umatnya.Barangansiapa yang mengasihi Dia harus melaksanakan kewajiban peribadinya.Daniel seorang salah seorang Penguasa pada zaman pemerintahan raja Darius dan sebelumnya.Kebolehan Daniel cuma mentafsirkan minpi yang menyebabkan dia dan 3 rakannya yang lain menjadi wali(wakil) negeri.
Kesalahan yang dilakukan oleh Daniel hanya mengutamakan ibadahnya membawa beliau kepada maut yang menantinya.Hari ini apakah terdapat ancaman maut untuk pergi beribadah atau pergi sembayang ke gereja?Haruskan keadaan ini berlaku agar orang Kristian khususnya diMalaysia ini datang ke gereja.
Sangat hairan apabila selama ini para nenek moyang kita mendoakan kesejahteraan di Malaysia agar mudah dan senang generasi mereka beribadah kepada Tuhan!! Ulg_25:19  Maka apabila TUHAN, Allahmu, sudah mengaruniakan keamanan kepadamu dari pada segala musuhmu di sekeliling, di negeri yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu untuk dimiliki sebagai milik pusaka, maka haruslah engkau menghapuskan ingatan kepada Amalek dari kolong langit. Janganlah lupa!"
Saya ambilkan contoh di negera China terjumpa sahaja orang beribadah ditangkap dan dimasukan dalam penjara.Inikah sistuasi yang kita inginkan berlaku?sesetengah negara merindukan kemudahan dan kebebasan yang kita di Malaysia nikmati namun kita tidak menggunakannya dengan waras.Sejarah umat Israel meninggalkan Tuhan,pada saya itu amat memilukan,bayangkan tangan Tuhan yang membawa kemenangan kini telah terlepas tidak lagi menyertai mereka sehingga mereka dibiarkan Allah terkontang kanting dalam perbuangan.Mahukan kita yang telah mengenal Tuhan ini berlaku kepada kita?
Saya tidak punya masalah jika kita beribadah pada hari Isnin atau selanjutnya itu tidak menjadi hal yang besar namun dalam bulan dan tahun mendatang kita tidak memiliki kekerapan beribadah bersama .Jika hari Krismas muncul.Ini sebagai mengesahkan saya orang Kristian..Ibr_10:25  Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat.Giat melakukan bukan usaha sekali dua ya sudah.
Selagi ada peluang kita beribadah bersama pergunakanlah masa itu.Kita tidak tahu waktunya kita tidak akan dibenarkan beribadah bersama hanya bersama keluarga terdekat.Pada masa itu pasti timbul dalam perasaan ...alangkah baiknya jika boleh beribadah bersama dengan keluarga atau suku yang lain...Saudara yang dikasihi janganlah sampai keadaan ini terjadi pada kita.Kita di Malaysia diberkati dengan pilihan mahu atau tidak beribadah bersama,berkumpul bersama.
Daniel tidak gentar kepada ancaman maut kerana dia tahu ibadahnya itu benar.Dan 6:22  (6-23) Allahku telah mengutus malaikat-Nya untuk mengatupkan mulut singa-singa itu, sehingga mereka tidak mengapa-apakan aku, karena ternyata aku tak bersalah di hadapan-Nya; tetapi juga terhadap tuanku, ya raja, aku tidak melakukan kejahatan." Oleh itu apa yang harus kita takutkan untuk beribadah!

Tuhan Yesus memberkati..

Wednesday, 15 February 2012

DASAR YANG PADU

Mat 7:24-27,
  24"Setiap orang yang mendengar perkataan-Ku ini dan melakukannya, ia sama dengan orang yang bijaksana, yang mendirikan rumahnya di atas batu.25 Kemudian turunlah hujan dan datanglah banjir, lalu angin melanda rumah itu, tetapi rumah itu tidak rubuh sebab didirikan di atas batu. 26 Tetapi setiap orang yang mendengar perkataan-Ku ini dan tidak melakukannya, ia sama dengan orang yang bodoh, yang mendirikan rumahnya di atas pasir.27Kemudian turunlah hujan dan datanglah banjir, lalu angin melanda rumah itu, sehingga rubuhlah rumah itu dan hebatlah kerusakannya."


Shalom,dari pembacaan kita tadi satu perkongsian yang umun buat kita sering kita dengar.Namun persoalannya sudahkah kita mempraktikan/melakukannya?
Dengar dan lakukan….khotbah Yesus kepada muridnya setelah ucapan bahagia fasal 5.
Kita lihat perumpamaan Yesus ini adalah sesuatu yang mudah dilaksanakan cuba kita perhatikan petikan itu.
Dasar mirip kepada pengangan seseorang.Dasar menentukan apa tindakan atau tingkahlaku seseorang.

Kesungguhan
Dari sini kita ketahui menitikberatkan kesungguh bukan satu ala kadar sahaja….buat tiang sudah dalam ok aja lah.Ketika umat Israel mendirikan rumah Tuhan itu mereka buat dasarnya sampai kepada batu asasnya.
Ayat 24…..diatas batu…dahulu saya fikirkan kasih Payling itu batu..tentu itu amat menyusahkan….dengar dan lakukan….dengar memerlukan ketelitian…

Diatas batu….kita kena tinjau keadaan Geografi adalah tanah pamah yang berpasir…
Maka jika ingin dirikan rumah kena dalam sampai dasarnya iaitu batu…Yesus hanya katakan diatas batu…bukan didalam batu….diluarbatu…
Jika sekarang senanglah Payling pakai mesin aja namun kita lihat konteks penekanan Yesus itu adalah masyarakat saat itu pakai tangan/tenaga manusia…


Keteguhan
Jadi apa yan Yesus tekankan?Dasar yang teguh…Jika dasar kerohanian kita teguh apa pun bencana yang kita tidak pernah fikirkan terjadi kita tetap Teguh…Amen
Kesungguhan kita kepada Tuhan…membuahkan dasar yang Teguh.
Percaya Tuhan harus sungguh-sungguh….kata kiri kanan

Salah satu hal yang kita perhatikan iaitu banjir.Jarang sekali saya mendengar kawasan berpasir itu mengalami banjir kilat.Jika kita renungkan ayat umpama kawasan khatulistiwa…kebiasaan CNN BBC dan malapataka berlaku hujan dan tanah runtuh.Jika ini berlaku dikawasan berpasir sesuatu yang amat dipersilakan.Tandus mengalami banjir..
Ini Yesus jika buat perumpamaan membuat kita berfikir dia ini cakap tak serupa bikinkah?
Jika perumpamaan ini kita di garis khatulistiwa memang tahu…bahkan kita serik mengalaminya.Atau tempat kita dilanda salji.Ketika salji semua pergerakan agak terbatas namun jika itu dinegera kita.Sayalah mungkin orang pertama keluar bermain atau rasakan itu salji.!!

Ketenangan
Jika teguh itu orang yang tenang….ribut taufan datang pasti tenang….Ini adalah buah keteguhan…peristiwa Yesus berjalan atas air(Mat 14:22-33)…..hanya orang tenang sahaja boleh berjalan seperti Yesus….ayat 30…ketika dirasainya angin…terjemahan lain menyatakan ketika dia melihat angin…
Petrus merasa dan melihat angina yang sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuhnya.Jika dasar dia teguh apakah dia mulai tenggelam?
Tidak ada manusia yang buta terhadap masalah atau deria ransangan dia rosak..tidak melihat dan tidak merasa angin itu????semua kita hadapi badai hidup semua kita pernah alami….namun jika dasar yang teguh itu maka tenang….Yesus ada bersama ku..Petrus tengelam kerana dia tidak sungguh-sungguh..saat itu kurang sungguh-sungguh hanya ikut-ikutan sahaja…inilah dasar kita mulai tenggelam dalam masalah kita.
Kita perhatikan lah sikap dia yang senantiasa membabi buta sahaja….ayat 28…Mat 14:27  Tetapi segera Yesus berkata kepada mereka: "Tenanglah! Aku ini, jangan takut!"
Mat 14:28  Lalu Petrus berseru dan menjawab Dia: "Tuhan, apabila Engkau itu, suruhlah aku datang kepada-Mu berjalan di atas air.Jelas bukan Yesus mempersetujui/berkenanan kepada permintaanya…datangla….ayat 29…jika anda Yesus kamu berkenankan permintaan Petrus?atau mungkin statement kita …datanglah kalau berani!!!
Petrus sudah jelas mendengar jawapan dari Tuhan Yesus .mari….saat ini keluar dari perahu terus goyah…persoalanya mengapa Petrus ragu dengan jawapan dari soalannya sendiri.Yesus telah janjikan …Matius 28:20…Aku menyertaimu sampai zaman…Masih ragukan kita dengan kenyataan Yesus ini.Dalam masalah sekalipun tetap Yesus ada masih ragukah kita?Makanya tetap …Tenang….

Keyakinan
Ketenangan membuahkan Keyakinan….tidak ada kejayaan yang terhasil dari kegusaran…kita semua bekas pelajar dan orang yang terpelajar….ada pernah kita menghadapi peperiksaan gusar/risah/jiwa yang gudah gulana.duduk macam tidak rasa duduk berdiri pun rasa penat….no…way….jika kita tidak tenang maka tidak yakin..
Contoh captain….bilun(kapal terbang)…keselamatan laporkan 80% tahap keselamatan….kamu berada dalam penerbangan tersebut? Namun jika kapten itu menyatakan dengan tenang melalui pengalaman saya,kita akan selamat mendarat di destinasi kita…berbanding dengan sebaliknya
Juruterbang yang ingin menjelaskan keadaan namun dalam keadaan yang tidak tenang,muka yang berpeluh-peluh lagi,peyampaian yang cepat tidak didengar oleh penumpang.
….my oral test….kerana tidak tenang maka overconfident..nah disini saya ingat sungguh kita beriman namun harus tenang

Paulus seorang banduan yang berkeyakinan kerana dia tenang.Kis 27…pelayaran ke Roma….jika kita baca itu….tidak takut kerana dia tenang dan yakin akan keselamatannya,kapal terkandas, bahkan yakin penyertaan Tuhan.Paulus beriman namun dia tenang…santai bersama Allah..

Mempengaruhi

Keyakinan dapat mempengaruhi…
Anda jurujual tidak yakin product anda jangan harap ada income..outcome adalah…Petrus tanpa keyakinan tidak akan berjaya mempengaruhi orang Yahudi yang tersebar di Pontus, Galatia, Kapadokia, Asia Kecil dan Bitinia, menyatakan akan harinya Tuhan…
Keyakinan itu cost smomthings….i mean kegagalan…melalui kegagalan itu belajar tahu itu salah dan yakin,,ini selamat atau betul…dari sini modal kita menjangkau jiwa..

Kesimpulan
Bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita melakukan apa yang Tuhan perintahkan Cuma persoalanya adalah kehendak kita.Ya atau tidak.Saya percaya gerak hati kita inginkan sesuatu yang teguh namun seringkali kita malu kerana sindiran orang dengan tindakan kita yang mahu berubah.Perubahan umpama permata yang ditemui.Jika mahu kita pergi mengambilnya.Terdapat satu kalimat” Mat 4:4  Tetapi Yesus menjawab: "Ada tertulis: Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Allah."
Hidup mendengarkan Tuhan boleh hidup bukan dengan sindiran manusia.
Kesungguhan,
Keteguhan,
Ketenangan
Keyakinan…
Mempengaruhi

Tuhan Yesus Memberkati


Friday, 14 October 2011

Agent Perubahan...


Kebanyakan kita sukar untuk mempercayai sejarah namun itulah yang menjadikan kita sekarang.

Segar dalam ingatan saya senikata lagu Ramli Sarip dan Katijah Ibrahim...sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa....

Mengapa saya ketengahkan isu adalah untuk sekadar renungan dan peringatan sahaja.Tidak tahu dari mana mula suku sekapan sama ada dari negara jiran dan ada sumber juga menyatakan dari suku Melanau.?Kurang dapat kita pastikan kesahihannya.Tetapi saya muskil kerana terdapat juga sesetengah perkataan yang sama.Contohnya "keman"(makan).dan ada juga contoh lain.

Sampai saat ini masih tercari kedudukan suku ini sebenarnya.Mungkin saya gagal menemuikan saudara kita dari negara seberang apa yang pasti memang tiada.Bila mana saya menjejaki melalui internet tiada,saya percaya tak kan mereka ini buta IT?atau mungkin betul-betul primitif lagi...

Saya tidak keberatan membawa kita meninjau sebab dan akibat sesebuah suku itu membangun.Tentu pasti ramai kita setuju dengan saya jika kembali kepada sejarah misionary yang datang ke ugan padei bon(bekas rumah padang bola sepak).Saat injil diberita dan diterima oleh ketua adat atau ketua kampung maka perubahan kepada kita boleh bertemu dengan negara luar.

Pada hemat saya bergitulah kekuatan ledakan Injil itu sehingga membawa perubahan sekaligus baik ianya pendidikan mahupun sosialekonomi.Tanpa kita sedari ramai anak-anak muda Sekapan tersebar dimana-mana diMalaysia ini.Bayangkan jika kita masih primitif saya percaya pendidikan pun tidak akan masuk.Injillah yang pertama mengubah pradigma kita.

Mungkin satu yang amat lucu...bayangkan orang kerajaan datang ingin membina sekolah.Kita sumpit mereka.@#$%%@#@###.Necaya akan melibatkan pertumpahan darah seperti sebelum itu,masyarakat kita tidak akan boleh bergaul mesra dengan kaum yang lain...zaman PUPUN....katakan.Jika kita katakan itu kerana keluarga Brooke latarbelakang pendidikannya kita selidiki.Seorang yang menghadiri sekolah mubaligh.(injil).

Saudara tentu tahu pada zaman “dayong”ada manusia “manin”seseorang yang telah dirasuki roh…sehingga ada fakta yang menyatakan makan ayam yang metah.Sekali lagi jika didatangi oleh orang Kerajaan?Bagaimana mereka menangani masalah ini?Pakai Polis atau barisan keselamatan,,tembak sahaja orang bergitu…pada hal dia tidak sedar apa yang dia lakukan.Maksud kerajaan baik memberi sekolah…jangan mereka kena kejar pula…

Tentu ramai tahu akan kisah kaum Lun Bawang,mereka hampir dihapuskan oleh kerajaan ketika itu…bukti kukuh adalah baik masyarakat itu sendiri dan ada buku”Drunk Before Dawn”.Sekarang telah diterjemahkan dalam bahasa Malaysia.”mabuk sebelum fajar menyinsing”.Mereka hanya minun mabuk sahaja tiada kerja lain.Apakah yang mengubah mereka.Takut kena tembak,takut pistor dari polis atau Kerajaan(pemerintah) ketika itu,maka cepat-cepat mereka berubah!!!Anda dan saya tahu jawapannya…..

Gesaaan saya agar kita jangan melupakan dengan mudah pembawa perubahan itu(injil).Hidup kita sekarang tidak juga saya katakan senang lenang namun kita dapat boleh menarik nafas lega sedikit sekarang.Saya tidak rela injil itu hanya pada fikiran kita sahaja tanpa mempraktik,melakukannya,dengan lebih dekat lagi kita mengaplikasikannya dalam kehidupan kita.Apakah saudara ingin berkahwin dengan insan yang hanya cinta pada fikirannya sahaja.Lebih senang saya katakana”saya mengahwini kamu kerana kasihan.!!Lelaki dan wanita “deklai jan dera Sekapan.Kopah pikin kelau?semadi akau sagua ikau buyak akau maci????Tidak kiralah baik lelaki atau wanita melafaskannya bertapa peritnya bukan.Ini kerana fikiran,hanya tahu pada fikiran..

Pilihan

Siapa tidak tahu injil?siapa pun kita semua tahu!Tidak payah perlu penjelasan.Tidak kira sudah felling atau tidak saya dah tahu.Biarlah saya tentukan hidup saya?Biarlah saya membuat pegangan hidup saya sendiri!Pertanyaan siapa yang telah memberi peluang untuk kita boleh memilih?Kenapa pegangan yang anda praktikan sekarang terdahulu merubah masyarakat kita,sebelum injil masuk ke perkampungan Sekapan?Makanya jangan ambil mudah perubahan yang telah injil kerjakan dalam masyarakat kita.

Jika kamu penginjil?daya apakah yang menyebabkan kamu sanggup berkorban nyawa ? Untuk merubah kaun primitif bukan hal mudah atau sehari dua.Maaf saya katakana primitif kerana kenyataannya kita berasal dari situ.Jika tidak mengapa baru zaman sekarang kita boleh pakai handphone,mengapa tidak dari zaman pupun?

Saya tidak punya maksud mengkotakkan kaum ini seperti katak bawah tempurung apa yang saya ketengahkan jangan lupa kepada pembawa perubahan itu.

Sekian Bertemu dilain lembaran…

Jesus Never Give Up with You…